Pada tahun ini, SMK Jugra kehilangan Pn. Hjh. Norhayati binti Sarbini(Mantan Pengetua SMK Jugra) yang bertukar ke SMK Sijangkang Jaya. Majlis perpisahan ini disambut dengan meriah walaupun semua hati warga SMK Jugra begitu berat untuk melepaskan pemergian Pn. Hjh. Norhayati.
Pelbagai aturcara telah dijalankan pada majlis ini. Berikut adalah sedikit maklumat untuk tatapan bersama :
Tempat : Dewan SMK Jugra
Tarikh : 6 Januari 2011
Aturcara majlis :
7.20 pagi : Guru dan pelajar mengambil tempat
7.30 pagi : Perhimpunan harian
7.35 pagi : Ketibaan YDP PIBG
: Ketibaan yang diraikan
( Pn. Hjh. Norhayati binti Sarbini )
7.40 pagi : Ucapan pengerusi majlis
7.45 pagi : Bacaan doa
7.50 pagi : Ucapan wakil pelajar
8.00 pagi : Ucapan wakil guru
8.10 pagi : Ucapan YDP PIBG
8.20 pagi : Ucapan Pn. Hjh. Norhayati binti Sarbini
8.45 pagi : Persembahan pelajar
8.50 pagi : Penyampaian cenderahati
9.00 pagi : Bersalam dan bersurai
***Lagu Yang Ditujukan Khas Untuk Pengetua***
DI MANA KAN KUCARI GANTI
Di mana kan kucari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggupku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku menambah derita
Tapi kau jua tak kunjung jelma
Di mana kanku cari ganti mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama…
Antara gambar-gambar yang di ambil sebagai tanda kenang-kenangan
Pelajar-pelajar lelaki PPKI di barisan hadapan
Pelajar-pelajar perempuan PPKI di barisan hadapan
Majlis dimulakan dengan bacaan doa
Ucapan dari wakil pelajar
Ucapan dari wakil guru
Ucapan dari YDP PIBG SMK Jugra
Ucapan dari yang diraikan : Pengetua SMK Jugra
(Pn. Hajah Norhayati binti Sarbini)
Majlis diserikan dengan persembahan sajak oleh wakil pelajar
Barisan guru-guru perempuan yang hadir
Barisan guru-guru lelaki yang hadir
Pelajar-pelajar perempuan
Barisan pelajar yang turut hadir
Persembahan koir dari pelajar
Turut dinyanyikan bersama dengan barisan guru-guru
Penyampaian hadiah dari pelajar-pelajar
Turut menerima cenderamata dari pelajar pendidikan khas
Barisan guru-guru juga tidak lupa memberikan hadiah kepada pengetua
Banyaknya hadiah yang pengetua dapat yer...
Acara perbarisan dari kadet remaja sekolah
Diakhiri dengan sesi bermaaf-maafan
Sesi bermaafan dengan pelajar-pelajar perempuan
Membuat barisan sambil menunggu giliran .....
Diakhiri dengan sesi bermaafan dengan guru-guru..
PELANGI PETANG
Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku…..
Ku percaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya…..
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini…..
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua…..
Ooo…ooo….000……
Kepada Pn. Hajah Norhayati, dikesempatan ini, PPKI mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih di atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada PPKI sepanjang bersama di bawah pentadbiran puan.. Diharap puan akan sentiasa dirahmati Allah s.w.t dan mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat...
InsyaAllah..
TUAI PADI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN
terima kasih daun keladi,
insyaAllah dipanjangkan umur, kita jumpa lagi....