14 April 2011

Terapi Renang 2



KEMBALI LAGI!!!
Antara aktiviti-aktiviti yang dirakamkan pada terapi renang kali ke-2 ini..


Aktiviti 1 : Menggunakan rod udara untuk menampung badan di dalam air 





Aktiviti 2 : Merebut bola di dalam air dan meletakkannya di dalam bakul yang disediakan. Aktiviti berkumpulan. 


Jom sama-sama rebut!!!!... hehehe. Best!




Senaman Aerobik

Kali ini warga PPKI SMK Jugra berpeluang untuk mengadakan senaman aerobik bertempat di padang sekolah. Semua guru PPKI, ppm dan pelajar-pelajar PPKI mengambil bahagian. Senaman aerobik ini diketuai oleh Pn. Kamariah iaitu guru SMK Jugra. Yang seronoknya, ada pelajar dari aliran perdana yang turut sama 'join sekaki' bagi menjalankan senaman aerobik ni!.. Kebetulan waktu PJK diaorang.. Takpelah, memeriahkan majlis yer...
Apapun terima kasih kepada Pn. Kamariah, guru PPKI, ppm dan tidak lupa kepada pelajar-pelajar PPKI SMK Jugra serta semua yang menyertai senaman aerobik ini dan semua pihak yang turut bekerjasama secara langsung mahupun tidak langsung. InsyaAllah, ada rezeki dan waktu, aktiviti ini akan dijalankan lagi pada masa-masa yang akan datang....