07 March 2013

AQUARIUMKU..


Aktiviti kami yang seterusnya, buat aquarium!!! hehe.. Antara pic2 yang diambil sewaktu P&P tersebut..

Langkah 1 :
 Piring dipotong, ambil bahagian luar sahaja.. Satu lagi piring, xperlu potong..(so totalnya pakai 2 piring kertas)

Langkah 2 : 
Warnakan kedua-dua piring tersebut.. Ikut warna kesukaan

Langkah 2

Langkah 2


Langkah 3 :
Ambil kertas warna, dan potong ikut bentuk ikan kecil, batu dll.(ikut kreativiti anda).. Bagi nampak mcm suasana dalam aquarium..


Langkah 3


Langkah 4 :
Tampalkan kertas warna tadi

Langkah 5 :
Dah tampal semua ikan-ikan, tampalkan kedua-kedua piring..Macam dalam gambar ye!!

Inilah hasilnya!!!

Hasil kerja kami!!! Pelajar bergambar dengan kerja yg disiapkan..




** BINGKAI HIASAN PINTU**


Salam.. kali ini kami meneruskan lagi aktiviti kraftangan.. Hari ini, kami cuba menghasilkan bingkai hiasan pintu... Senang je!!! Pelajar-pelajar kami pun seronok menyiapkannya..


Ni langkah-langkah dalam menyiapkan bingkai hiasan pintu ni..:-).. Boleh la sape2 nak cuba..:-)

1. Potong kertas A4..@kertas warna pelbagai warna(ikut kreativiti anda).. Gunting bentuk segiempat tepat..
2. Ikat kertas yang digunting td mcm ikat getah tu..:-)
3. Dah siap(letak dlm bekas)
4. Potong pinggan kertas. Ambil bulatan luar sahaja.
5. Tampalkan kertas warna yg telah diikat tadi pada bulatan luar pinggan kertas..(Tampal la ikut susunan warna yang kamu minat!!!, bg warna-warni gitu....).
6. Lepas dah tampal banyak2, gunting lebihan kertas supaya nampak lebih kemas.
7. Dah siap!!!..:-)


Aida mengikat kertas warna.. Dah tampal..bagi tambah lagi,biar nampak penuh..

Faisal pun  mengikat kertas warna..
Husna dan Aishah  menampal kertas warna pada pinggan kertas

Tadaaa...!!! Dah siap. Nak gantung, tambahla riben ye..Ok..:-)