21 July 2013

@Majlis Perpisahan Guru Praktikal dan Meraikan Hari Lahir(Jan-Jun)@

Alhamdulillah, setelah kira-kira 4 bulan lebih bersama warga PPKI SMKJUGRA 2013, tamatlah sudah tempoh praktikal pelatih dari UPSI ini, iaitu Pn. Suzanna bt Marjan dan Cik Ummi Asyura bt Othman di sini. Sebagai tanda penghargaan di sepanjang pengorbanan mereka, kami warga PPKI berbesar hati mangadakan majlis perpisahan tanda meraikan mereka. Majlis ini turut diselangi dengan Sambutan Hari Lahir pelajar-pelajar kami merangkumi hari lahir dari bulan Jan-Jun. Alhamdulillah, majlis ini dapat dijalankan dengan baik dan jayanya!!!


Sementara  menunggu majlis berlangsung, kami mengisi masa terluang dengan aktiviti 'kotak beracun'.

Haa.. Muhammad Syukur dah kena!!!
Muhammad Nazri dikenakan denda jalan 'catwalk'.. Ada gaya catwalk ke macam tu Nazri.. Siap gelak lagi.. Alahai... Nazri.. Nazri..hehe

Husna kena denda cium pintu... kesian...

Sivasangari buat gaya tarian 'chicken dance'

  Dah penat bermain, sekarang masa untuk majlis jamuan lak. Tak sabar semuanya nak makan kan!!!

Inila kek untuk Sambutan Hari Lahir..

Haa... tu dia,,, barisan makanan yang ada...Sate xnampak.. letak kat bawah.. dah xmuat meja.. huhu

Kami turut menerima kunjungan drpd Pn Anisa binti Sarip(kanan) selaku PK1 dan Cik Hjh. Hanizam binti Kasim(kiri) selaku PK KOKO. Jemput makan...:-)

Barisan pelajar yang menyambut Hari Lahir. Turut bergambar PPM dan guru praktikal.

Sesi menjamu selera..

Selesai menjamu selera, kami teruskan dengan aktiviti penyampaian hadiah.

Pn. Nasuha(admin) menerima cenderahati daripada guru praktikal. Terima kasih.hehe...

Pn. Vellachy juga menerima cenderahati dari guru praktikal. Sebenarnya semua guru dapat.. Tp x upload semuala kan..:-)

Cik Ummi Asyura menerima cenderahati sebagai kenang-kenangan yang disampaikan oleh penyelaras kami Pn. Norazizan

Pn. Suzanna juga menerima cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan daripada warga PPKI
Dah selesai... Alhamdulillah. Sekali lagi kami warga PPKI SMK JUGRA berbesar hati mengucapkan terima kasih kepada 2 orang guru pelatih kami di atas sumbangan bakti mereka di sini. Ada masa terluang, sudi-sudilah singgah di sini lagi ye!!! Akhir kata, selamat bertugas di tempat baru nanti!!!

No comments:

Post a Comment