21 July 2013

~Minggu Pusat Sumber PPKI~


Bertarikh 24,25,26 dan 27 Julai kami warga PPKI mengadakan aktiviti Minggu Pusat Sumber Sekolah(PSS). Aktiviti ini turut diadakan di kelas perdana. Bagaimanapun, aktiviti di PPKI turut dijalankan dengan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap keupayaan dan IQ pelajar-pelajar pendidikan khas. Alhamdulilah, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Antara aktiviti yang kami jalankan pada minggu ini adalah aktiviti mewarna, merekacorak kulit buku/majalah, kuiz terkumpul dan model suratkhabar. Jom tengok aktiviti yang kami telah jalankan!!!



Aktiviti mewarna

Bertungkus lumus menyiapkan lukisan masing-masing


Tan Wei Lun dengan hasil kerjanya


Pertandingan model surat khabar. Ni aktiviti kumpulan 1. Model pocong katanya. huhu...


Bersama-sama dalam kumpulan menghias model masing-masing


Cepat, cepat!!!. Masa dah nak habis ni!!!


Dah siap model kumpulan 1.. Eeeiii.. pocong!!!....lari!!! haha


Model kumpulan 3 : Pahlawan Hang Tuah gitu..:-)


Ni model kumpulan 4. Model pahlawan pompuan agaknya.. huhu


Yang ni model kumpulan 2. Xtahu apa dia.. macam pahlawan pompuan gak.. xapala.. hasil kerja kumpulan kan... hehe


Sesi photoshot untuk model-model suratkhabar..:-)


Aktiviti seterusnya kuiz terkumpul


Jawab elok2 ye....


Macam-macam gaya pelajar-pelajar ni menjawab. Pepepun Alhamdulillah, aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik.




No comments:

Post a Comment