16 January 2011

Aktiviti Menggosok Pakaian

            Subjek    :   Kemahiran Hidup
            Aktiviti   :   1)  Menggosok pakaian (baju, kain dan 
                                   seluar sekolah)
                             2)  Melipat pakaian
              Kelas   :   Mawar 


Aktiviti 1
(menggosok pakaian)

 Antara pakaian yang digunakan untuk aktiviti ini

 Amy menunjukkan bakatnya. Hati-hati, jangan seterika tangan sudah yer..


 Nazri pula menunjukkan bakatnya 

 Logeswaran pun tidak melepaskan peluang untuk mencuba




Aktiviti 2
(melipat pakaian)

 Nazri melipat seluar

Logeswaran melipat baju 

 Amy melipat baju 

Logeswaran menunjukkan pakaian yang telah dilipatnya. Pandaipun...

15 January 2011

Mesyuarat Agung Sukan Tahunan PPKI SMK Jugra 2011

Tarikh     :  11 Januari 2011
Hari        :  Selasa
Tempat   :  Kelas PPKI SMK Jugra
Aktiviti    :   1.  Melantik Jawatankuasa Tertinggi Sukan Tahunan PPKI 
                   2.  Melantik AJK-AJK
                   3.  Makluman Kejohanan Merentas Desa 

Antara gambar-gambar yang diambil pada mesyuarat tersebut

 Dikendalikan oleh Cikgu Nurizan

Khusyuk mendengar penerangan dari guru

 Gelagat  pelajar-pelajar yang dapat dilihat..



 Sesi pengundian dijalankan 



 Haa.. angkat tangan, jangan tak angkat yer.. pilih mana satu calon yang berkenan..




Barisan Jawatankuasa Tertinggi dan AJK bagi Sukan Tahunan PPKI SMK Jugra 2011

TAHNIAH!!! BUAT CALON YANG BERJAYA..
SUPAYA DAPAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK...

07 January 2011

Suasana Di Hari Pertama Persekolahan di PPKI SMK Jugra

Pada tahun 2011, sesi persekolah bermula pada 3 Januari 2011(Isnin). Jumlah guru PPKI SMK Jugra pada tahun ini adalah seramai 5 orang, seorang PPM dan 23 orang pelajar. 
Berikut adalah suasana di hari pertama persekolahan yang sempat dirakamkan :


Menerima kunjungan daripada pegawai PPD


Antara ibubapa pelajar yang berdaftar di PPKI




Antara gelagat-gelagat pelajar PPKI




















MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA SMK JUGRA

"JASAMU DIKENANG"

Pada tahun ini, SMK Jugra kehilangan Pn. Hjh. Norhayati binti Sarbini(Mantan Pengetua SMK Jugra) yang bertukar ke SMK Sijangkang Jaya. Majlis perpisahan ini disambut dengan meriah walaupun semua hati warga SMK Jugra begitu berat untuk melepaskan pemergian Pn. Hjh. Norhayati.
Pelbagai aturcara telah dijalankan pada majlis ini. Berikut adalah sedikit maklumat untuk tatapan bersama :

Tempat : Dewan SMK Jugra
Tarikh : 6 Januari 2011

Aturcara majlis :

                       7.20 pagi : Guru dan pelajar mengambil tempat
                       7.30 pagi : Perhimpunan harian
                       7.35 pagi : Ketibaan YDP PIBG
                                        : Ketibaan yang diraikan
                                           ( Pn. Hjh. Norhayati binti Sarbini )
                       7.40 pagi : Ucapan pengerusi majlis
                       7.45 pagi : Bacaan doa
                       7.50 pagi : Ucapan wakil pelajar
                      8.00 pagi : Ucapan wakil guru
                      8.10 pagi : Ucapan YDP PIBG
                      8.20 pagi : Ucapan Pn. Hjh. Norhayati binti Sarbini
                      8.45 pagi : Persembahan pelajar
                      8.50 pagi : Penyampaian cenderahati
                     9.00 pagi : Bersalam dan bersurai




***Lagu Yang Ditujukan Khas Untuk Pengetua***

DI MANA KAN KUCARI GANTI

Di mana kan kucari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggupku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku menambah derita
Tapi kau jua tak kunjung jelma

Di mana kanku cari ganti mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama…


Antara gambar-gambar yang di ambil sebagai tanda kenang-kenangan

Pelajar-pelajar lelaki PPKI di barisan hadapan


Pelajar-pelajar perempuan PPKI di barisan hadapan


Majlis dimulakan dengan bacaan doa


Ucapan dari wakil pelajar


Ucapan dari wakil guru 


Ucapan dari YDP PIBG SMK Jugra


Ucapan dari yang diraikan : Pengetua SMK Jugra
(Pn. Hajah Norhayati binti Sarbini)


Majlis diserikan dengan persembahan sajak oleh wakil pelajar


Barisan guru-guru perempuan yang hadir


Barisan guru-guru lelaki yang hadir

Pelajar-pelajar perempuan

Barisan pelajar yang turut hadir





Persembahan koir dari pelajar

Turut dinyanyikan bersama dengan barisan guru-guru



Penyampaian hadiah dari pelajar-pelajar



Turut menerima cenderamata dari pelajar pendidikan khas


Barisan guru-guru juga tidak lupa memberikan hadiah kepada pengetua



Banyaknya hadiah yang pengetua dapat yer...


Acara perbarisan dari kadet remaja sekolah









Diakhiri dengan sesi bermaaf-maafan
 Sesi bermaafan dengan pelajar-pelajar perempuan

 Membuat barisan sambil menunggu giliran .....





Diakhiri dengan sesi bermaafan dengan guru-guru..






PELANGI PETANG

Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku…..

Ku percaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya…..

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini…..

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua…..
Ooo…ooo….000……



Kepada Pn. Hajah Norhayati, dikesempatan ini, PPKI mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih di atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada PPKI sepanjang bersama di bawah pentadbiran puan.. Diharap puan akan sentiasa dirahmati Allah s.w.t dan mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat... 
InsyaAllah..



TUAI PADI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN 
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN

terima kasih daun keladi,
insyaAllah dipanjangkan umur, kita jumpa lagi....