30 March 2011

29 March 2011

Anugerah Pelajar-Bulan Februari.

Kategori : Kekemasan
Pemenang : Siti Noratul Asyikin

TAHNIAH!!!





26 March 2011

Aktiviti Terapi Renang (1)

PPKI SMK Jugra mengadakan aktiviti terapi renang yang dijalankan di Kg. Bandar, Banting. Aktiviti ini dijalankan sebanyak 2 kali dalam sebulan. Kami menerima khidmat jurulatih bagi melakukan aktiviti-aktiviti renang ini.. Berikut antara aksi pelajar-pelajar semasa menjalankan aktiviti pada tarikh 17/02/2011. InsyaAllah selepas ini, kami akan memuatkan semua aktiviti terapi renang pelajar-pelajar PPKI untuk tontonan semua!!!












P. Seni. (Teknik Tiupan)

Aktiviti seni : Menghasilkan corak menggunakan teknik tiupan
Peralatan yang digunakan : Pewarna air, straw dan kertas lukisan
Hasil kerja : Kelas Cempaka








Jom Periksa Gigi!!!

Antara gelagat pelajar-pelajar PPKI SMK Jugra semasa melakukan pemeriksaan gigi.

beratur dulu....

Buka mulut Madiha yer...



Siva berdebar-debar.. Mula2 xnak periksa gigi katanya.. takut.. huhu

Hai.. sempat lagi lepak kat tepi bilik kesihatan..




Majlis Pelantikan Pengawas

Aktiviti : Pelantikan pengawas bagi sesi 2011
Hari : Isnin
Tarikh : 24.01.2011
Pelajar PPKI yang dilantik : 1) Muhammad Nazri 
                                             2) Mohd Khairi
                                             3) Siti Nur Faraain 

Mohd Khairi menerima watikah pelantikan

Muhammad Nazri menerima watikah pelantikan

Siti Nur Faraain  menerima watikah pelantikan

Barisan guru-guru disiplin SMK Jugra bagi sesi 2011

Bacaan ikrar oleh barisan pengawas

Barisan pengawas SMK Jugra bagi sesi 2011




PPKI mendapat kelas baru

Jumlah pelajar pada tahun 2011 semakin bertambah. Dengan pertambahan ini, keadaan tidak mengizinkan untuk PPKI SMK Jugra menerima pelajar yang terlalu ramai kerana masalah kelas yang amat padat. Dengan masalah yang dihadapi, baru2 ini, Pegawai Pendidikan Khas dari PPD telah membuat peninjauan. Seterusnya dengan hasil perbincangan pihak PPD bersama pengetua SMK Jugra, PPKI telah diberi kelas kosong bagi menampung kepadatan pelajar ini.. Berikut antara situasi kelas terbabit dan sesi gotong-royong warga PPKI SMK Jugra bagi menceriakan kelas baru ini....








Kejohanan Merentas Desa

Pada hari Sabtu bertarikh 22/01/2011, Kejohanan Merentas Desa telah diadakan. Pelajar-pelajar PPKI turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Alhamdulillah, semua pelajar yang terlibat menberikan kerjasama yang baik di sepanjang kejohanan dan turut menerima hadiah bagi kategori pendidikan khas. Berikut antara aksi-aksi yang sempat diambil pada hari kejohanan tersebut.


Sebelum acara dimulakan, guru-guru melekatkan nombor peserta kepada setiap pelajar

Pelajar PPKI beratur di padang sebelum acara dimulakan






giliran pelajar PPKI untuk melakukan larian

setelah acara tamat semua pelajar berkumpul di tapak perhimpunan untuk majlis penyampaian hadiah




Antara aksi pelajar-pelajar SMK Jugra..

Penyelaras menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar PPKI. Tahniah!!!...





Banyak juga trofi yang pelajar PPKI dapat ye..

Sesi bergambar bersama trofi masing-masing

seronoknya mereka semua!!!

Izwan berposing lagi..hehe..

Gambar bersama guru-guru PPKI