07 March 2013

AQUARIUMKU..


Aktiviti kami yang seterusnya, buat aquarium!!! hehe.. Antara pic2 yang diambil sewaktu P&P tersebut..

Langkah 1 :
 Piring dipotong, ambil bahagian luar sahaja.. Satu lagi piring, xperlu potong..(so totalnya pakai 2 piring kertas)

Langkah 2 : 
Warnakan kedua-dua piring tersebut.. Ikut warna kesukaan

Langkah 2

Langkah 2


Langkah 3 :
Ambil kertas warna, dan potong ikut bentuk ikan kecil, batu dll.(ikut kreativiti anda).. Bagi nampak mcm suasana dalam aquarium..


Langkah 3


Langkah 4 :
Tampalkan kertas warna tadi

Langkah 5 :
Dah tampal semua ikan-ikan, tampalkan kedua-kedua piring..Macam dalam gambar ye!!

Inilah hasilnya!!!

Hasil kerja kami!!! Pelajar bergambar dengan kerja yg disiapkan..




** BINGKAI HIASAN PINTU**


Salam.. kali ini kami meneruskan lagi aktiviti kraftangan.. Hari ini, kami cuba menghasilkan bingkai hiasan pintu... Senang je!!! Pelajar-pelajar kami pun seronok menyiapkannya..


Ni langkah-langkah dalam menyiapkan bingkai hiasan pintu ni..:-).. Boleh la sape2 nak cuba..:-)

1. Potong kertas A4..@kertas warna pelbagai warna(ikut kreativiti anda).. Gunting bentuk segiempat tepat..
2. Ikat kertas yang digunting td mcm ikat getah tu..:-)
3. Dah siap(letak dlm bekas)
4. Potong pinggan kertas. Ambil bulatan luar sahaja.
5. Tampalkan kertas warna yg telah diikat tadi pada bulatan luar pinggan kertas..(Tampal la ikut susunan warna yang kamu minat!!!, bg warna-warni gitu....).
6. Lepas dah tampal banyak2, gunting lebihan kertas supaya nampak lebih kemas.
7. Dah siap!!!..:-)


Aida mengikat kertas warna.. Dah tampal..bagi tambah lagi,biar nampak penuh..

Faisal pun  mengikat kertas warna..
Husna dan Aishah  menampal kertas warna pada pinggan kertas

Tadaaa...!!! Dah siap. Nak gantung, tambahla riben ye..Ok..:-)

28 February 2013

@Topeng@

Subjek :-  Pendidikan Seni
Projek : - Topeng 





Ini dia hasil kerja mereka!!!

25 February 2013

Guru dari UPSI

Alhamdulillah... pada tahun ini PPKI SMKJUGRA sekali lagi menerima 2 orang guru praktikal dari UPSI.. InsyaAllah, mereka akan bertugas di sini bermula 18 Februari sehingga 28 Jun 2013.. Diharap mereka dapat bertugas dengan jayanya.. Selamat Datang kami ucapkan!!!

SUZANNA BINTI MARJAN

UMMI ASYURA BINTI OTHMAN

07 February 2013

MESYUARAT AGONG TAHUNAN KO-KURIKULUM BAGI KELAS PPKI (2013)

Berikut adalah Mesyuarat Agong Tahunan bg Sukan Permainan Futsal dan Bola Jaring, Kelab Keselamatan Jalan Raya serta Kelab Persatuan Bahasa Melayu.

Antara foto yang dirakamkan pada tarikh tersebut:-



Bersama-sama mencalonkan rakan-rakan yang layak




Ustaz mengira bilangan pelajar yang meyokong.. Kira ye ustaz..:-)


SENARAI JAWATANKUASA YANG DISAHKAN

a)  Sukan Permainan Bola Jaring
     
     Pengerusi :- Siti Quistina Haizan
     Naib Pengerusi :- Nur'ain
     Setiausaha :- Nur Shahira
     Pen. Setiausaha :- Siti Nurhidayah
     Bendahari :- Tajul Nabilah
     Pen. Bendahari :-  Nadiatul Aishah
     AJK :- 1) Tan Wei Lun
                2) Nur Nabilah
                3) Givetha
                4) Aida Suria
                5) Afiqah Husna



b)  Sukan Permainan Futsal
   
     Pengerusi :- Muhammad Nazri
     Naib Pengerusi :- Muhammad Insan
     Setiausaha :- Tan Wei Lun
     Bendahari :- Fozy
     AJK :- 1) Logeswaran
                2) Mohd Faisal
                3) Muhammad Syukri




c)  Kelab Keselamatan Jalan Raya
   
     Pengerusi :- Muhammad Nazri
     Naib Pengerusi :- Logeswaran
     Setiausaha :- Nur Amy
     Pen. Setiausaha :- Nur'Ain
     Bendahari :- Nur Syahira
     Pen. Bendahari :-  Tan Huei Kee
     AJK :- 1) Mohd Asyraf
                2) Nabilah
                3) Tajul Nabilah
                4) Aida
                5) Siti Quistina Haizan




d)  Persatuan Bahasa Melayu
   
     Pengerusi :- Muhammad Nazri
     Naib Pengerusi :- Siti Quistina Haizan
     Setiausaha :- Nur'Ain
     Pen. Setiausaha :- Givetha
     Bendahari :- Muhammad Insan
     Pen. Bendahari :-  Logeswaran
     AJK :- 1) Nur Syahira
                2) Nadiatul Aishah
                3) Nur Hidayah
                4) Nur Nabilah
                5) Normadiha



TAHNIAH kepada yang terpilih!!!!


PEMERIKSAAN GIGI

GIGI BERSIH, HIDUP ANDA PASTI CERIA!!!



Pelajar PPKI sedang menjalani pemeriksaan gigi.. Antara gelagat-gelagat lucu pelajar-pelajar kami...hee:-)


Ni sorang haa... Aisyah yang duk nangis.. xnak cek gigi..:-)


Muhammad Asyraf duk berpaut kat pagar pintu,,, agak-agak apa yang dia tgh pikir ye..hee


Afiqah Husna yang 'steady girl'..


Buka mulut ye Nadiatul Aishah...


Apapun segalanya berjalan lancar.. Alhamdulillah.. ni baru buat pemeriksaan.. belum buat follow up lagi.. 
Kla semua . Jumpa lagi!!!

#Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah#

Alhamdulillah, pada tahun ini kami masih berkesempatan menyambut Sambutan Maulidur Rasul di Peringkat Sekolah. 

MUQADDIMAH 
Rasulullah SAW adalah insan mulia yang diutus oleh Allah kepada umat akhir zaman untuk memimpin manusia ke jalan yang benar. Rasulullah mendapat tempat yang paling istimewa di sisi Allah sebagai Habibullah. Jesteru itu,kita hendaklah mengamalkan sunnah Rasulullah sebagai tanda kasih dan cinta kita kepada Rasulullah SAW.

OBJEKTIF
1. Menanam rasa cinta kepada Rasulullah
2. Melahirkan generasi yang mengamalkan sunnah Rasulullah SAW

SASARAN
Semua pelajar dan guru muslim SMK Jugra

TENTATIF PROGRAM
7.20 pagi - Pelajar Islam berkumpul di tapak perhimpunan
7.30 pagi - Pelajar dan guru berselawat 
               - Bacaan Al-Quran
8.15 pagi - Ceramah
9.30 pagi - Bersurai


Bacaan selawat guru-guru dan pelajar-pelajar serta bacaanAl-Quran


Ceramah Maulud 

26 January 2013

@@ Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2013@@

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan pada 25 Januari 2013(Jumaat). Pada kejohanan ini, semua pelajar sekolah SMK JUGRA termasuklah pelajar-pelajar kami turut mengambil bahagian.. tp bukan semua pelajar la.. yang terpilih shj ye..:-).. Di bawah di antara gambar yang diambil pada kejohanan ini.. Jom tengok!!!

Barisan pelajar yang menyertai kejohanan ini:
Dari atas kiri : Quistina, Tajul Nabilah, Amy dan Nur'ain
Barisan tengah : Nur syahira dan Nur hidayah
Barisan depan : Nazri, Mohd Insan dan Imran

Pelajar-pelajar yang terlibat... ni group pertama yg akan dilepaskan..

Pelajar PPKI pun dah xsabar nak berlari tu.. hik3,, tema rumah sukan Hang Nadim warna pink tahun ni..
Puan pengetua, Pn. Hjh. Zaleha pun sempat ber'posing' dengan pelajar kami..:-)

Haaa... apalagi.. lari!!!!!!

Barisan pengurus peserta dan pendaftaran pelajar PPKI
Pn. Vellachy dan Pn. Rabiah

Sekitar kaunter pendaftaran pelajar.. semua guru sibuk menjalankan tugas masing-masing...

Cepat, cepat!!! ada point lagi ni!! jerit cikgu2 ni.. hehe...

Sampai pun pelajar-pelajar PPKI.. Alhamdulillah..

Haa.. dah sampai daftar.. no berapa ni??..surprise..

Ni la hidayah ngan syahira,, pakat-pakat lari.. siap berpimpin tangan dengarnya.. huhu..

Majlis Penyampaian Hadiah..

Barisan pelajar PPKI


Ini dia johan PPKI.. Muhammad Imran.. tahniah..


Bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar dan guru..

Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar..

JUMPA LAGI!!!

25 January 2013

Imbasan-imbasan 2012

salam semua.. maaf dia atas ketidak sempatan pihakkami dalam menerbitkan gambar-gambar aktiviti kami yang terdahulu.. di sini kami siarkan sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti yang menarik yang diharap mendapat menarik minat anda.. terima kasih di atas sokongan semua!!!


"ANTARA GAMBAR YANG DI'SNAP' PADA HR SUKAN SEKOLAH"

#################################################################################




" MAJLIS HARIJADI PELAJAR BAGI BULAN JANUARI-JULAI"








#################################################################################



 " MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PENDIDIKAN KHAS KUALA LANGAT DI DEWAN JUGRA"
 #################################################################################




 " BENGKEL KRAFTANGAN( MEMBUAT KERONSANG)YANG DIKENDALIKAN OLEH PPKI SMKJUGRA"

#################################################################################




 " KEM MOTIVASI DAN MAJLIS GRADUASI DI HOTEL IMPIAN MORIB"



 #################################################################################