Kidzania adalah salah satu tempat yang sesuai untuk dikunjungi oleh pelajar-pelajar sekolah terutamanya, kerana di sini pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pelbagai situasi pekerjaan. Pelajar diberi peluang untuk merasai sendiri tentang aktiviti bagi setiap pekerjaan yang ada di Kidzania.
Antara aktiviti- aktiviti pelajar kami yg sempat kami rakamkan!!
![]() |
| Di pintu masuk, pelajar-pelajar dipakaikan tag pada pergelangan tangan. |
![]() |
| Sebelum memulakan aktiviti, pelajar-pelajar diminta beratur untuk mendengar taklimat |
| Aktiviti pertama : Ke kaunter bank untuk mendapatkan wang.. |
| Stesen buat gelang manik.. Pelajar akan dibimbing oleh kakitangan di situ.. |
![]() |
| Di stesen Pos Laju.. Pelajar-pelajar diberi tugasan untuk menghantar barang ke destinasi stesen yang diarahkan.. Seronok..hehe |
![]() |
| Aktiviti bomba. Memadamkan kebakaran |
| Pelajar-pelajar di stesen Marrybrown. Di sini pelajar diberi peluang untuk menyediakan burger |
| Tempat pemeriksaan mata.. Di sini pelajar dikenakan bayaran.. |
| Siti Nurnabilah cuba menjadi wartawan berita |
| Pelajar diberi peluang mereka 'photoshot' menggunakan komputer |
| Aktiviti yang turut menjadi daya tarikan di sini.. band muzik.. Siap boleh nyanyi sambil menari lagi..hehe |
Kami di sini sehingga jam 3 petang. Alhamdulillah, walaupun bukan semua stesen kami kunjungi, sedikit sebanyak pelajar-pelajar mendapat pelbagai ilmu dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Lepas ni kalau nak bawa keluarga sendiri bolehla ye!!!. :-)

















No comments:
Post a Comment