09 January 2014
06 September 2013
~ Jamuan Hari Raya Pendidikan Khas Daerah Kuala Langat Sesi 2013~
Alhamdulillah.. tahun ini sekali lagi kami berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pendidikan Khas Daerah Kuala Langat..
TARIKH : 28 0G0S 2013
HARI : RABU
MASA : 8.00 PAGI - 1.00 TGH
TEMPAT : DEWAN SRI JUGRA
Tentatif Program pada hari tersebut :
8.00 pagi : Pendaftaran
: Murid-murid berkumpul di dewan
: Tetamu mengambil tempat
9.00 pagi : Bacaan Doa
: Ucapan alu-aluan Pengerusi
: Ucapan dan Perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat
: Penyampaian sumbangan duit raya
11.00 pagi : Persembahan murid
~Nasyid
~Bercerita
~Nyanyian Lagu Raya
12.00 tgh : Majlis Bersurai
Antara foto-foto di sepanjang majlis ini...
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Al-Fadhil En. Mohd Azfar bin Rosli |
Pn. Nurizan bt Ilyas selaku pengerusi majlis pada hari ini... |
Barisan VIP dan dif-dif jemputan yang hadir |
Ucapan daripada Pengerusi Program iaitu Pn. Sharifah binti Shaari |
Ucapan yang dinanti-nantikan dari Yang Berbahagia Pn. Hjh. Foziah binti Mohd Azahari selaku Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat |
Pelajar-pelajar yang hadir.. |
Ramai juga ye.. penuh satu dewan... |
Pelajar-pelajar beratur bagi majlis penyampaian sumbangan duit raya |
Persembahan Nasyid daripada SK dan SMK Sijangkang Jaya |
Persembahan sajak dari SMK JUGRA |
SEKIAN....SEMOGA JUMPA LAGI!!! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI, WARGA PPKI SMKJUGRA, MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!
05 September 2013
~Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah 2013~
Tarikh : 24 Ogos 2013
Hari : Sabtu
Jam : 9.00 -12.30 tgh
Tempat : Perkarangan Tapak Perhimpunan
(-:....Jom layan....:-)
Barisan guru dan PPM ... Posing raya dulu..hehe... |
Antara pelajar yang hadir.. |
Rehat sambil mendengar ucapan dari Pn. Pengetua.. |
Dah boleh menjamu selera..Mood : Laparnye....:-) |
Sabar..sabar..tunggu cikgu cedokkan ye.... |
Selamat Menjamu Selera!!!! |
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan pasukan dikir barat sekolah... |
Cg. Kamaliah dan cg. Hazruhapizu turut menyampaikan lagu raya.. |
Alhamdulillah.. Majlis berjalan lancar..InsyaAllah tahun depan jumpa lagi!!!!
21 July 2013
~Minggu Pusat Sumber PPKI~
Bertarikh 24,25,26 dan 27 Julai kami warga PPKI mengadakan aktiviti Minggu Pusat Sumber Sekolah(PSS). Aktiviti ini turut diadakan di kelas perdana. Bagaimanapun, aktiviti di PPKI turut dijalankan dengan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap keupayaan dan IQ pelajar-pelajar pendidikan khas. Alhamdulilah, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Antara aktiviti yang kami jalankan pada minggu ini adalah aktiviti mewarna, merekacorak kulit buku/majalah, kuiz terkumpul dan model suratkhabar. Jom tengok aktiviti yang kami telah jalankan!!!
Aktiviti mewarna |
@Majlis Perpisahan Guru Praktikal dan Meraikan Hari Lahir(Jan-Jun)@
Alhamdulillah, setelah kira-kira 4 bulan lebih bersama warga PPKI SMKJUGRA 2013, tamatlah sudah tempoh praktikal pelatih dari UPSI ini, iaitu Pn. Suzanna bt Marjan dan Cik Ummi Asyura bt Othman di sini. Sebagai tanda penghargaan di sepanjang pengorbanan mereka, kami warga PPKI berbesar hati mangadakan majlis perpisahan tanda meraikan mereka. Majlis ini turut diselangi dengan Sambutan Hari Lahir pelajar-pelajar kami merangkumi hari lahir dari bulan Jan-Jun. Alhamdulillah, majlis ini dapat dijalankan dengan baik dan jayanya!!!
Dah selesai... Alhamdulillah. Sekali lagi kami warga PPKI SMK JUGRA berbesar hati mengucapkan terima kasih kepada 2 orang guru pelatih kami di atas sumbangan bakti mereka di sini. Ada masa terluang, sudi-sudilah singgah di sini lagi ye!!! Akhir kata, selamat bertugas di tempat baru nanti!!!
Sementara menunggu majlis berlangsung, kami mengisi masa terluang dengan aktiviti 'kotak beracun'. |
Haa.. Muhammad Syukur dah kena!!! |
Muhammad Nazri dikenakan denda jalan 'catwalk'.. Ada gaya catwalk ke macam tu Nazri.. Siap gelak lagi.. Alahai... Nazri.. Nazri..hehe |
Husna kena denda cium pintu... kesian... |
Sivasangari buat gaya tarian 'chicken dance' |
Dah penat bermain, sekarang masa untuk majlis jamuan lak. Tak sabar semuanya nak makan kan!!!
Inila kek untuk Sambutan Hari Lahir.. |
Haa... tu dia,,, barisan makanan yang ada...Sate xnampak.. letak kat bawah.. dah xmuat meja.. huhu |
Kami turut menerima kunjungan drpd Pn Anisa binti Sarip(kanan) selaku PK1 dan Cik Hjh. Hanizam binti Kasim(kiri) selaku PK KOKO. Jemput makan...:-) |
Barisan pelajar yang menyambut Hari Lahir. Turut bergambar PPM dan guru praktikal. |
Sesi menjamu selera.. |
Selesai menjamu selera, kami teruskan dengan aktiviti penyampaian hadiah. |
Pn. Nasuha(admin) menerima cenderahati daripada guru praktikal. Terima kasih.hehe... |
Pn. Vellachy juga menerima cenderahati dari guru praktikal. Sebenarnya semua guru dapat.. Tp x upload semuala kan..:-) |
Cik Ummi Asyura menerima cenderahati sebagai kenang-kenangan yang disampaikan oleh penyelaras kami Pn. Norazizan |
Pn. Suzanna juga menerima cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan daripada warga PPKI |
20 July 2013
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KIDZANIA, KUALA LUMPUR.
Kidzania adalah salah satu tempat yang sesuai untuk dikunjungi oleh pelajar-pelajar sekolah terutamanya, kerana di sini pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pelbagai situasi pekerjaan. Pelajar diberi peluang untuk merasai sendiri tentang aktiviti bagi setiap pekerjaan yang ada di Kidzania.
Antara aktiviti- aktiviti pelajar kami yg sempat kami rakamkan!!
![]() |
Di pintu masuk, pelajar-pelajar dipakaikan tag pada pergelangan tangan. |
![]() |
Sebelum memulakan aktiviti, pelajar-pelajar diminta beratur untuk mendengar taklimat |
Aktiviti pertama : Ke kaunter bank untuk mendapatkan wang.. |
Stesen buat gelang manik.. Pelajar akan dibimbing oleh kakitangan di situ.. |
![]() |
Di stesen Pos Laju.. Pelajar-pelajar diberi tugasan untuk menghantar barang ke destinasi stesen yang diarahkan.. Seronok..hehe |
![]() |
Aktiviti bomba. Memadamkan kebakaran |
Pelajar-pelajar di stesen Marrybrown. Di sini pelajar diberi peluang untuk menyediakan burger |
Tempat pemeriksaan mata.. Di sini pelajar dikenakan bayaran.. |
Siti Nurnabilah cuba menjadi wartawan berita |
Pelajar diberi peluang mereka 'photoshot' menggunakan komputer |
Aktiviti yang turut menjadi daya tarikan di sini.. band muzik.. Siap boleh nyanyi sambil menari lagi..hehe |
Kami di sini sehingga jam 3 petang. Alhamdulillah, walaupun bukan semua stesen kami kunjungi, sedikit sebanyak pelajar-pelajar mendapat pelbagai ilmu dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Lepas ni kalau nak bawa keluarga sendiri bolehla ye!!!. :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)